Sep 25, 2012

Ebook: Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad



Keterangan E-book: 

Tajuk: Mendorong Pelajar Corot Dengan Teknik Nabi Muhammad 

Penulis: Ainon Mohd, Khairulaniza Khairuddin, Siti Khadijah Abd Ghaffar dan Nurhidayah Jaafar 

Bilangan Halaman :100 muka surat dilengkapi dengan gambar 

E-ISBN (Berdaftar Dengan Pusat Kebangsaan ISBN, Pusat Bibliografi Negara) 

Format: Portable Document Format (PDF) 

Harga: RM 15 

Prakata:

E-book ini ditulis khusus bagi membantu guru-guru yang mahu memberikan sumber dorongan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai motivasi rendah dalam bilik darjah. 

Dalam teknik konvensional, apabila guru-guru mahu mendorong pelajar supaya memperbaiki sikap dan tingkah laku, ataupun mahu memberi semangat supaya mereka lebih rajin belajar, guru-guru menggunakan teknik-teknik tradisional seperti berikut: 

a. Memarahi pelajar 
b. Berleter dengan tujuan memberi nasihat 
c. Mengugut dan mengancam 
d. Mendenda dan menghukum 
e. Memujuk 
f. Memberi hadiah 

E-book ini menerangkan teknik-teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w apabila beliau mendorong individu-individu yang mempunyai sikap negatif dan melakukan kesalahan supaya mereka mengubah sikap dan tidak mengulangi kesalahan mereka. 

Pada asasnya, teknik-teknik Nabi Muhammad s.a.w itu sangat efektif bagi mencapai dua matlamat dalam mendorong perubahan sikap dan tingkah laku, yakni: 

1. Mendorong seseorang itu mengekalkan sikap dan tingkah lakunya yang sudah baik dan betul. 
2. Mendorong seseorang itu meningkat dan memperbaiki lagi tingkah laku yang baik supaya bertambah-tambah baik. 
3. Mendorong seseorang itu mengubah tingkah lakunya yang buruk dan menggantikannya dengan tingkah laku yang baik. 

Semua teknik yang diterangkan dalam buku ini sudah dieksperimen oleh 3 orang guru, dan hasilnya menunjukkan teknik-teknik itu dapat mendorong perubahan tingkah laku di dalam bilik darjah.

Tempahan ebook ini boleh dibuat di (sini)

No comments:

Post a Comment