“Siapakah antara kamu yang berasa seronok untuk mengikuti slot
malam ini?”
Saya mula bertanya selepas memperkenalkan diri.
Semua peserta mengangkat tangan. Ada yang menutur perlahan
“Saya...” sambil mengangkat tangan dan jari telunjuk di hala ke atas.
“Siapakah antara kamu yang apabila dia masuk ke dewan ini, dia
senyum kepada ustaz dan ustazah?”. Saya melanjutkan pertanyaan.
“Saya...”, jawab mereka. Tangan di angkat lagi buat kali kedua.
Saya terus bertanya, “Siapa yang senyum dan berbual tentang
program petang tadi bersama rakan sebelah?”
Keadaan yang sama berlaku. Mereka mengangkat tangan lagi sambil
menyebut “Saya...”
“Siapa antara kamu, apabila masuk ke dalam dewan ini, duduk
elok-elok, duduk sopan-sopan dan bersedia?”. Soalan terakhir.
“Saya....”, kata mereka. Kali ini sebutannya lebih kuat, tangan
diangkat lebih yakin dan berani.
“Perbuatan yang kamu lakukan tadi adalah perbuatan yang baik. Semua
itu adalah ciri-ciri perilaku pelajar yang berakhlak. Allah akan memberi
ganjaran pahala terhadap akhlak kamu yang suka ke program ilmu, senyum kepada
rakan dan guru, bertanya khabar dan duduk dengan sopan di majlis seperti ini.”
“Saya percaya bahawa semua pelajar yang menjadi peserta program
ini, pelajar yang berada di hadapan saya ini adalah pelajar yang berakhlak.
Lihat cara duduk dan tumpuan yang diberikan tadi telah meyakinkan saya, pelajar
Kafa Putra memang pelajar yang baik dan cemerlang,” ujar saya lagi.
Mereka tersenyum, wajah berseri. Saya bertanya soalan-soalan mudah
berkaitan akhlak supaya semua pelajar akan mengangkat tangan. Tidak seorang
yang berkecuali daripada senarai kebaikan yang ditanya tadi. Kemudian, saya memuji tindakan mereka dan menyatakan kesan kebaikan tersebut.
Dalam hal ini, saya telah cuba membuka suis ‘penghargaan terhadap diri ’ di awal
ceramah. Tindakan pertama adalah menaikkan self-esteem peserta melalui ‘Teknik
Semua Pelajar Angkat Tangan.’
Individu yang memiliki self-esteem tinggi akan berasa seronok
dengan diri sendiri. Sebaliknya, individu yang memiliki self-esteem rendah berasa
tidak seronok dengan diri sendiri. Seterusnya, mereka akan seronok dan suka dengan orang yang telah
menjadikan mereka seronok.
Ketika kanak-kanak berasa aman dan dicintai, mereka memiliki
self-esteem (penghargaan terhadap diri) yang sihat, kepercayaan diri yang kuat
dan terdorong menggunakan kekuatan kreatif. Mereka akan berasa berbeza dan
unik.
Oh, saya rasa malas mahu menulis panjang di sini.
klik (sini)
Dalam eBook ini, ada diterangkan dengan lebih lanjut tentang ‘Teknik
Semua Pelajar Angkat Tangan’. Fungsi utama teknik tersebut adalah meningkatkan
self-esteem pelajar terutama pelajar corot-akhlak dan corot-akademik. Lazimnya,
kedua-dua kategori pelajar ini memiliki self-esteem rendah.
Ketiga-tiga guru yang menjadi penulis eBook ini iaitu saya, PuanKhairulaniza dan Ustazah Siti Khadijah telah menceritakan bagaimana teknik ini
diamalkan dalam bilik darjah. Ibu bapa juga boleh mengadaptasi pengalaman kami
dalam bilik darjah untuk dipraktikkan kepada anak-anak di rumah.
Kami menceritakan prinsip berdasarkan hadith, teknik yang
digunakan, impak kepada pelajar setelah guru mengamalkan teknik itu dan teks
ucapan guru yang boleh ditiru oleh pembaca.
Islam agama yang memudahkan. Nabi menunjukkan cara yang mudah-mudah. Jika anda bersetuju dengan saya, katakan "I LOVE TEKNIK NABI MUHAMMAD"...